Instagram

Instagram

Monday, June 22, 2009

di sebalik keindahan pasangan kita..

sudi2 kan lah baca..bkn coretan aku..tp saje nk berkongsi..

Ada kalanya seseorang memiliki pasangan hidup berparas menarik
tetapi cakapnya pedas lagi menyinggung.
Ada pasangannya rupawan, bahasanya sedap didengar tetapi sangat
boros.
Ada pula pasangannya indah dan jimat tetapi malas beribadah.

Kerencaman dalam mencari jodoh ini pernah diibaratkan dalam satu
hadis: 'Manusia itu seperti unta. Antara 100 ekor unta, sangat sulit
kamu menemukan seekor yang sangat baik tunggangannya. '
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Pasangan ideal memang sukar diperolehi dalam zaman penuh dugaan.
Ada gadis yang mengeluh kerana sudah penat mencari calon suami yang
berkelayakan, gagah dan lawa, tenang dan lembut serta kuat beribadah.
Ada teruna mengeluh sukar mencari calon isteri yang cantik, senang
dipandang, sabar, jimat, suka beribadah dan pandai mengambil hati
ibunya.
Nasihat Rasulullah saw berkenaan kekurangan yang ada pada pasangan
kita: 'Hendaknya seorang Mukmin tidak meninggalkan seorang Mukminah.
Kalau dia membenci suatu perangai pada diri isterinya, dia pasti
menyenangi perangai yang lain.'

Pesan Rasulullah sejajar dengan firman Allah: 'Kemudian apabila kamu
tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak
menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang
banyak.' (An-Nisaa: 19)

Sebagai pasangan (baik suami mahupun isteri), janganlah kita
membiarkan begitu saja beberapa aib atau kekurangan pasangan kita.
Alasan bahawa sikap sudah begitu sejak mula - tidak boleh dipakai
sama sekali.

Sikap manusia boleh diubah selagi ia sanggup merubahnya.
Suami hendaklah berdakwah kepada isteri dan begitu juga sebaliknya.
'Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran
yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya
Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat
dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang
mendapat petunjuk.' (Surah An-Nahl: 125).

Dakwah paling asas adalah dengan pasangan kita sebagaimana
Rasulullah saw menyampaikan kisah baginda menerima wahyu kepada
isterinya, Khadijah. Ia diikuti dengan anak-anak dan orang-orang
terdekat.

Oleh itu, suami/isteri perlu menggilap cara merubah sikap pasangan
dengan cara paling elok menunjukkan contoh dan hujah. Kekasaran atau
pukul bantai tidak boleh dibuat untuk memaksa seseorang berubah.
Selain ikhlas dalam menasihati, penting pula ikhlas dalam menerima
nasihat. Ketika kita dinasihati, hendaknya kita kendalikan serta
lunakkan hati kita untuk ikhlas menerimanya.

No comments: