Instagram

Instagram

Friday, July 8, 2011

Tahajud Insani


Membilang hari..
membilang amalan..
cukupkah apa yg dipersembahkan selama ini..
dosa2 yang telah lalu..dikenang kembali..
adakah ruang kemaafan buat ku dari Mu?
adakah ruang kemaafan buat ku dari kalian..sahabat & kenalan ku..
Mahmudah & mazmumah silih berganti..
seperti Raqib & 'Atid yang bersilih ganti melaksanakan kerjanya..

Ya Allah..
di malam yang hening ini..
ampunilah segala kekhilafan ku..
perbaikilah hubungan antara hamba2 Mu..
perelokkanlah hubungan antara diriku dan sahabat2ku..
perindahkanlah hubungan antara diriku dan ahli keluargaku..
perdamaikanlah hubungan antara diriku dengan sekalian makhluk Mu..




**buat para sahabat, rakan taulan yang mengenali diri ini baik baru kenal ataupun yg dah lama kenal...saya dgn ini menyusun 10 jari memohon kemaafan diatas segala yang berlaku selama ini..ketahuilah..segala yang berlaku...berlandaskan sebab dan musababnya...Astaghfirullahalazim..

2 comments:

http://aniesandyou.blogspot.com said...

terima kasih krn memberi peringatan

Sape nak angpow?

alchemy said...

Alhamdulillah~ msh lg ade kesedaran siapa kita hidup kat dunia ni. mari kita same2 muhasabah diri same2 :-)