Instagram

Instagram

Wednesday, March 17, 2010

All about CINTA

SEGALANYA TENTANG CINTA………..

Cinta sejati tidak pernah mati, cinta agung bersemi selamanya tapi…..

CINTA adalah satu anugerah dari Tuhan,

Untuk kita melengkapi antara satu sama lain,

Untuk kita menghargai perasaan & pasangan kita,

Untuk kita menyambung generasi keturunan kita,

Untuk kita menilai erti kasih & sayang,

Maka cinta yang tumbuh,

Haruslah dibelai, disirami, dibajai….Agar tumbuhnya terus segar,

Tidak layu ditelan zaman, tidak hilang dimakan usia….

CINTA itu umpama perkebunan bunga yang indah,

Kelopak warnanya adalah cahaya,

Hijau kepingan daunnya adalah keikhlasan yang tulus,

Harum baunya adalah ketenangan,

Keasyikannya adalah alunan rindu yang memukau,

Sepanjang usia ciptaan Tuhan,

Dan kita mahu terus duduk di situ,

Kita mahu terus bermanja di lautan bunga mekar, hingga kita,

manusia yang lemah & lalai ini kadang terlupa dengan hukum kejadian,

Yang cantik pasti ada jeliknya, yang baik tentu ada buruknya,

Dan bunga juga mungkin menjadi racun paling berbisa,

Durinya mampu melukakan hingga jauh ke dasar hati,

Kerana yang indah itu….hanyalah perkebunan bunga,

Yang zahirnya hanya di mata, & hitamnya tersirat di baliknya…….

CINTA adalah hadiah, lakaran dari hati manusia,

Cinta adalah kesabaran, cinta adalah kesabaran,

Cinta itu kemuliaan, cinta tidak lahir dalam bisikan cemburu,

Cinta tidak hidup dalam lingkungan keangkuhan kerana cinta bukan untuk dimegahkan,

Cinta adalah kesopanan dan penghormatan,

Cinta tidak mengubah manusia & bukan alasan untuk mencari bidadari dalam diri sendiri,

Cinta bukan tercipta dalam api kemarahan,

Cinta tidak mekar dalam helah & tipu daya tetapi selalu melindungi,

selalu mempercayai, sentiasa penuh dengan harapan & memori yang selamanya terpelihara…..

CINTA adalah permulaan untuk segalanya,

Cinta tidak wujud untuk disimpan di dalam hati,

Cinta perlu memberi & menerima,

A song isn’t a song until U sing it,

A bell isn’t a bell until U ring it,

LOVE in UR heart isn’t put there to say LOVE until U give it away

CINTA juga melicinkan & memudahkan perjalanan hidup kita,

Tapi cinta juga tidak selalu indah,

Cinta penuh dugaan…Ia menguji kekuatan cinta,

Melengkapkan episod kisah berkasih-sayang,

Cinta yang hadir selepas hujan lebih indah,

Derainya lebih mengasyikkan,

Jika ingin memuja pelangi petang, kita perlu sanggup bermandi hujan tika hangat panas mentari,

Perasaan dicintai memberikan kita kekuatan,

Dan mencintai menghadiahkan kita semangat,

Kerana cinta itu saling melengkapi…..

CINTA sejati tidak pernah mati,

Cinta agung bersemi selamnya,

Tapi nafsu dapat melayukannya,

Cinta adalah ikatan seumur hidup….


Tapi ego dan cemburu mampu meleraikanya….

Saya hanyalah manusia biasa yang masih mengharap..

Kiranya dalam renyai hujan, dalam hangat mentari, dalam harum bunga, dalam indah pelangi..

Masih ada secebis harapan untuk saya..

Mencintai tidak bermakna memiliki..

Mencintai dan mengenangnya juga sudah memadai bagi saya..

Tapi yang terindah dalam kisah cinta & kasih sayang ialah

ketika menakluki & melengkapi kehidupan antara satu sama lain..

Semoga masih ada jalan terbuka di hadapan saya..

Semoga masih ada bayu berdesir di belakang saya..

Semoga masih ada bulan bintang menyuluh kegelapan saya..

Semoga masih ada mentari sudi memanaskan saya tika kirai hujan baru sejenak berhenti ..

Semoga saya belum sesat dan hilang diri dalam mencari cinta yang hilang..

Kerana saya masih mahu mencari..masih mahu menharap..

Andai kiranya saya berpatah sebelum menjumpainya,

pohon agar ada yang sudi mengingatkan saya untuk tunggu seketika..

Kerana saya percaya..CINTA ini,yang tumbuh dalam hati ini,

Adalah CINTA sejati saya..

When one door of happiness closes, another opens..

Jodoh untuk kita telah pun Tuhan tumbuhkan di atasnya..

Hampir semua dari kita memilih untuk mencarinya sendiri,

Tetapi jika kita sudah lelah & putus asa mencarinya,

Mungkin sudah sampai masanya kita membiarkan ia datang mencari kita pula..




No comments: