Instagram

Instagram

Friday, March 18, 2011

5 Perkara Penting Dalam Bercinta

Di dunia ini semua yang kita lakukan harus mengikut undang-undang dan peraturan barulah kehidupan akan menjadi lebih sempurna dan bahagia. Sekiranya anda masih keliru atau tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan undang-undang cinta..ikuti 5 perkara di bawah.

1) SAYANGILAH SI DIA DENGAN HATI BUKAN DENGAN PERASAAN

Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal lerana perasaan sentiasa berubah dari semasa ke semasa. Tetapi jika anda meletakkan perhubungan itu berdasarkan hati maka dari situ akan lahirnya cinta dan sayang yang kekal abadi untuk selamanya.

2) HORMATI PENDIRIANNYA

Jangan sesekali anda merayu dan mencipta pelbagai alasan supaya si dia menerima cintamu. Biar pun sedalam mana sekalipun cinta anda padanya namun biarkan dia yang membuat keputusan. Sekiranya mendesak apa yang akan anda dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati. baik anda meraih cinta dari orang yang benar-benar menyayangi anda dan bukan hanya anda yang benar-benar mencintainya sedangkan si dia tidak ada rasa sayang dan cinta langsung terhadap anda. Sesungguhnya cinta pada yang Maha Esa harus melebihi segalanya.

3) MENERIMA SI DIA SEADANYA

Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentangnya kerana sekali kamu mengubah, selamanya kamu akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, kenapa boleh terpikat dengan si dia. Pastinya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia menjadi seseorang yang lain


4) ELAK BERSANGKA BURUK

Langkah paling bijak ialah meletakkan diri kamu di tempatnya sebelum melakukan apa-apa.Jika kamu sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia. namun andai ada yang mencurigakan berbincanglah secara baik dan janganlah terus menuduh. Islam menggalakkan kita berbincang dan jangan cepat berprasangka buruk. Sentiasa bercakap berlandaskan bukti kukuh dan elakkan membesar-besarkan hal yang kecil.

5) HARGAI PENGORBANAN

Sesungguhnya si dia telah banyak berkorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, si dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna dari anda, namun demi cinta kerana Allah, si dia telah memilih anda. Oleh itu, jangan sesekali cuba mempermain-mainkan keluhuran cintanya.

Source : Dara . com Mag| April 2011

************************************************************

Ulasan Peribadi :
1) Semoga Allah tetapkan hati saya pada diri-Nya dan dia.

2) Saya hormat dan harapkan magis dari -Nya...Dia lebih tahu apa yang telah Dia tetapkan.

3) Yes, I am!

4) Less talk, less conversation,...less sweet...tak dapat tidak..perasaan ini x dpt dielakkan...I'm sorry ;|

5) berpegang pada ini ::: "usah mengharap menerima lebih, jika kita lokek untuk memberi lebih"....


Love & Faith
-Rosie-


2 comments:

Cik Ecah said...

oh indahnya bercinta!
hehe..
sedang bercinta ya..:)

dear anies said...

satu lg...DOA