Instagram

Instagram
Showing posts with label Kelab Fotografi. Show all posts
Showing posts with label Kelab Fotografi. Show all posts

Friday, May 8, 2015

Sesekali keluar..

Assalamualaikum dan selamat pagi jumaat

Kebizian minggu ini mmg xdpt nk di ungkap..bizi bizi..mengalahkan Ahmad Maslan bizi ku...

Entry kali ni nk cerita pasal lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL 2015) di PWTC.

Lawatan ini telah dirancang oleh rakan sekerja saya Pn.Samsiah merangkap guru penasihat Pandu Puteri. Beliau yang telah memberi idea untuk membuat lawatan ke pesta buku. Saya adalah guru pandu puteri juga telah bersetuju untuk mengikut lawatan tersebut.. sebab ape? sebab mmg nk merasa keluar dari skolah...stress gak asik duk skolah...nengok org lain kluar..kite pun nk kluar gak.

Lawatan ini menjadi salah satu aktiviti tahunan Pandu Puteri Sesi Petang memandangkan Persatuan Pandu Puteri skolah kami ibarat Pandu Lalu sahaje...xmemberangsangkan dari segi pendaftaran ahli mahupun kehadiran pada setiap minggu. (cikgunye yang tiap2 minggu eksaited)

Nak di jadikan cerita, tanye punye tanye bebudak Pandu Puteri ni, xsampai 40 orang (utk 1 bas), Dah alang2 saya pun guru Kelab Fotografi, maka saya pun offer lah kt bebudak fotografi untuk cukupkan jumlah 40orang...

Sampai sehari sebelum hari bertolak,  Pn.Salina kata, bilangan yg betul2 nk pergi xsampai 40 orang. (Bebudak kalau free mmg la seronok nkg,..tp ni kene bayar RM 20pun susah..) .Saya cadangkan agar Pn.Salina offer kt bebudak kompang...So, ini akan jadi aktiviti kelab Kompang sekolah....

taraaaaaaaa....

3 in 1

Kan best gituw...sesekali keluar..


tak de ape yg kami borong...cume beli buku2 untuk bacaan santai.. Saya dapat berjumpa dengan Novelis Asnidar Shafie dan sempat dapatkan 2 buah buku comel daripadanya.
(nnti kt entry lain..saya cerita pasal kak As)

meh layan gambar2 kami..











Selepas g PWTC, kami bergerak terus ke Shah Alam , untuk program kelab Fotografi pulak..malangnya hari hujan..niat untuk bergambar di Laman Seni 7 pada mulanya hendak dibatalkan..tetapi, melihat kesungguhan pelajar2 yg nk jugak bergambar di LS7 tu..maka kami pun  redah jugak la...alhamdulillah..hujan pun reda..

jom layan gambar ye..






terima kasih byk2 kepada cikgu zaitun, cikgu salina dan cikgu shamsiah. 

tahun depan kite g lagi ye..2 bas tau

Wednesday, April 8, 2015

Surat Khabar lamaaaaa!!!

Assalam dan salam sejahtera.

Bersempena dengan hari koperasi sekolah saya SMK Sri Andalas, Kelab Fotografi akan membuka gerai permainan yang akan menumpukan 1 jenis permainan sahaja iaitu Giant Bubble Andalas.

Resepi untuk membuat buih sabun telah pun ada, akan tetapi kami kekurangan kos dan sponsor untuk membeli sabun pencuci pinggan tersebut (Jenama Joy) dalam kuantiti yang banyak.

Oleh sebab itu, saya telah mengarahkan para ahli kelab fotografi untuk menampal iklan untuk mengumpulkan surat khabar lama daripada para pelajar dan guru2 sebagai usaha untuk membantu mencukupkan dana kami.

Penyerahan surat khabar boleh dibuat di sekolah sewaktu rehat.

Kepada sesiapa diluar kawasan sekolah, bolehlah pm/wasap saya 0142693996 untuk sesi penyerahan surat khabar lama tersebut.

Memang tiada bayaran yg kami berikan. Bolehlah dipanjang2kan kepada sesiapa yg mempunyai bannnyyyyyyyyyaaaaaaakkkkk paper lame...

ni lah tujuan kami untuk hari koperasi nnti.


Jumpe next entry ..nnti saye kongsikan resepi buat Giant bubble k! yang penting..saya nk surat khabar...Bantuan kalian kami dahulukan dgn ucapan terima kasih...