Instagram

Instagram

Thursday, October 13, 2011

Hari Kantin & D'Fiesta n Fund



Assalam & Selamat sejahtera kepada semua pembaca entry di blog saya ini...

Entry kali ini akan dikongsi bersama oleh ramai orang di sekolah saya : SMK Sri Andalas..

Saya akan mempromosikan Hari Kantin & D'Fiesta n Fund yg akan berlangsung pada 14 October 2011 bertempat di Dataran Gemilang SMK Sri Andalas dari jam 8 pagi hingga 4 petang.

Pelbagai juadah dan menu2 yg istimewa bakal dijual dan boleh diperolehi si setiap gerai-gerai yg ada di Hari Kantin kali ini..Saya dikhabarkan bahawa lebih 50buah gerai akan membuka gerai jualan untuk pelbagai juadah yg saya jamin..semuanya sedap2 belaka...dan ade juga menyediakan permainan yg pelbagai...(nk cerite kt sini nnti x sepraisss..huhuh)...dan jikalau anda ingin mencabar keberanian anda....silalah ke Rumah Hantu & Rumah Sesat yang saya jamin anda tidak akan menyesal jika 'melawat' dua buah rumah ini.. ;p

Ok,acara kemuncak Hari Kantin SMKSA ialah dgn persembahan Bunkface (ex-student Andalas) pada sebelah malamnya bermula jam 9 hingga jam 11 mlm...Anda yg berminat untuk menyaksikan persembahan Bunkface boleh lah membeli tiket berharga RM15 di kaunter jualan kupon semasa hari kantin berlangsung...Anda juga bukan sahaja dapat menyaksikan Bunkface,tetapi...anda akan disajikan dgn persembahan Najwa Latif...ya....Najwa latif....yg popular dgn lagu Cinta Muka Buku...selain itu ade Melda (realiti tv Sunsilk Mencari Bintang) , ade Azri Af9 dan ade Happy Siblings...


Bunkface sedang buat sound check ptg td..jam 4 ptg...baju putih tu Sam ok...!!!

Najwa Latiff

Melda (Gadis Semasa Sunsilk)

Azri Af9

Mereka akan menjanjikan persembahan yg cukup hebat dgn lagu2 popular mereka...


Pada yg berminat boleh lah dtg terus ke SMK Sri Andalas untuk mendapatkan tiket (RM 15) dan kupon (RM10)....


Bersamalah kita jayakan Hari Kantin & D'fiesta n Fund !!!!!

No comments: