Instagram

Instagram

Saturday, October 16, 2010

GoldCOURSE not COAST!

12 hb 2010 yg lalu saya bersama beberapa rakan sekerja dan berlainan jawatan pergi ke Hotel Goldcourse, Klang kerana terlibat sebagai AJK Dokumentasi dan Siaraya dalam Majlis Meraikan Kejayaan Kontinjen Selangor dalam Majlis Sukan Sekolah- Sekolah Malaysia 2010 kerana Pasukan Selangor telah menjuarai sebahagian besar acara 2 /kejohanan yg dipertandingkan sepanjang tahun.Syabas Selangor.

Ini merupakan tahun ke-2 saya terlibat dalam kerja2 berskala besar ini (kalu nk ikotkan ini dh peringkat negeri).Tahun lepas , saya turut menyertai pasukan sekolah saya dalam majlis yang sama dan ditempat yang sama.

Tugas kami adalah untuk menyediakan persembahan multimedia yg menceritakan dan menggambarkan sorotan aksi2 atlet2 selangor dalam setiap kejohanan, dan menyediakan lagu Negaraku dan Selangor Juara sebagai pembakar semangat atlet2 yg telah berjaya itu.


AJK Dokumentasi & Siaraya



ketibaan para atlet dr pukul12 tgh hari



ini la name majlisnyerrrr...




sebahagian drpd grup kami.. =)

Thursday, October 14, 2010

bukan saya yang bertunang

Alhamdulillah, majlis pertunangan along saya dh selesai..rombongan kami selamat menyunting sorang gadis untuk menjadi suri dihati along saya..tahniah along.Syukur kerana semuanya berjalan lancar dan diharap tahun depan dpt makan nasik minyak along..weeee~~~

Ok, saya nk nyatakan disini, ari sebelum majlis pertunangan tersebut, saya adalah org yg paling bizi sebab kehulu kehilir g kutip daun sireh, pastu beli cheese tart dan g amik tempahan kek kat Andalas..macam2 dugaan saya lalui pada hari sabtu haritu...

Sebanyak 11 dulang hantaran yg dibawa oleh kami yg mana 6 drpdnya dibuat oleh saya, 1 dibuat oleh Syarira, 4 lagi disponsor.

Meh la tgk gambar2 hantaran yg menggunakan konsep DIY..tak cantik sgt pun..tp, boleh gak la kalu sesak2 nk jimat blanje kan...paling saya suka ialah menggubah sireh junjung...


langkah 1,buat cm ni..gune span kering je..



langkah 2:buat cm ni...




last skali....taraaaaa~~~main cucuk2 je bungenye...


ni lak gambar beberapa hantaran hasil DIY







yg ni Syarira yg buat




sponsor dr mbah

Ok, ekceli byk lagi nk upload gambar...tp ini je yg saya rajin nk upload....owhh ye..ade lg nk upload..



Rosie & Syerie

Friday, October 8, 2010

checklist

tahun ni x g jage exam PMR..harap2 nama saya pun x dipilih untuk menjadi pengawas SPM..kerana ujung tahun ni saya bakal travel sensorang..destinasi tidak pasti lagi =(

berada di sekolah sebab tidak menjadi pengawas exam pun x best gak sebab banyak keje dokumentasi dan penyusunan semula perlu dibuat...tapi dalam 4 hari bekerja, byk perkara yg telah disiapkan...dan insyaAllah akan disiapkan menjelang esok...

senarai semaknya....
  1. Buku kokurikulum...siap..dah hantar kt PK Koku dh pun
  2. Buku ADAP untuk 6 kelas dh siap..setiap kelas ade 35-40 orang...darab ngn 6..kire sendiri..
  3. marking buku budak..siap..
  4. ketip kertas pekse sebanyak 500 ++..siap...dan dah siap bawak balik sebab kt skolah ade pencuri kertas exam sebab nk bocorkan soalan...tak baekkkk tawww
  5. Kad Merit...tinggal sket je lagi..esok(Jumaat) mau sambung smula..
  6. tinggal preparation nk ke OZ je..harap2 semuanya ok..

kalu saya g jage exam...sure bende2 ni tak terbuat oleh saya dalam mase terdekat...


SO, sape kate keje cikgu MUDAH???

x tenteram

dh dua hari aku tidur awal..seawal pukul 8.30mlm...lepas mkn mkm kol 8mlm, aku sudah masuk bilik untuk tidur..tidak seperti kebiasaan ku, aku akan melayari internet selama beberapa jam sehingga puas dan naik lebam mata melihat skrin laptop..tapi sejak 2 hari ini, aku tidak berdaya mengadap laptop lagi...aku mahu tido awal..dengan harapan,agar aku dapat bertemu dengan hari esok...esok dan esok untuk mengetahui ape yang bakal terjadi..setiap detik adalah saat yg sgt mendebarkan dan setiap detik itu lah yang akan menghantui diri aku..

arrgghhh..ni semua pasal mimpi tersebut.walaupun ku tahu bahawa mimpi hanyalah mainan tidur..tapi, mentalku amat terganggu dgn kisah mimpi tersebut..mimpi itu menjadikan diriku tidak tenteram dalam 2 hari ini..sehingga membawa ke dalam tidur ku semula..

adakah benar, mimpi tersebut akan menjadi realiti??KUN FAYAKUN..maka jadi jadilah..aku berserah padaNya...jika kesedihan dan kesuraman kehidupan melitupi kehidupan ku ini, maka aku redha dan jika ia benar2 akan meninggalkan diriku..maka tinggalkanku dgn cara yang paling terbaik....kerana aku mmg layak ditinggalkan kerana aku tidak layak untukmu...

Tuesday, October 5, 2010

Majlis Makan Malam SMKSA 2010

Alhamdulillah..MMM telah diadakan...tetapi saya sebagai wakil KGS ingin memohon kemaafan sekiranya byk yg terkurang..kami masih baru dlm hal2 begini..sila beri tunjuk ajar di lain hari ok...

Majlis sbnrnye nk ikotkan mule kol 8pm..tp, atas sebab2 yg x dpt dielakkan,maka majlis start kol 8.30 pm cm tu...tema pakaian kami adalah Biru/ Biru Turqoise...tapi bg kami, bukan satu kemestian untuk mencari baju bewarna Turqoise utk semata2 nk dtg MMM, tapi kehadiran guru2/staff amat diharapkan dan KGS hargai..

Majlis terberhenti seketika kerana hujan lebat(x mo blame sape yg nyanyi dan menyebabkan ujan sgt lebat turun time tu..hohohohoh)

meh la tgk pics yg ditempekkan kt entry ni ye...owh ya..gambar bukan diambil oleh saya, tp diambil oleh Alchemy aljazari..(tgk kt Fb saya, name die dlm tulisan jawi)...


mule-mule...mesti letak muke saya dulu..alahai..terlebih gediks la kan gambar ni....

kakak2 ni, bile time ade function..perrgghhhh...melaram habesss..mmg cun..

mereka~~


barisan penyambut tetamu...sgt cntik kamu semua



Ni pulak adalah barisan para 'artis' yg membuat persembahan pada mlm tu...x rugi dtg MMM..

Nazwan & Wife


Putri Lindungan Bulan a.k.a Kak mas


Hujan Band versi wanita..


Fahmy

husband kak Cuya..


Mama Zarra


time nk bg hadiah kt bebudak...


letak muke sendiri lagi.~~



hehehe...kami dgn barisan pentadbir..


Ini sahaje yg saya dpt upload,kebanyakkan gambar telah saya upload dlm FB..saya wakil dr KGS ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada guru-guru SMKSA, barisan staff SMKSA dan hadirin yg hadir pada mlm tersebut...terima kasih kerana support kami..team KGS..walaupun byk dugaan dan halangan yg kami tempuhi...ini sahaja yg dpt kami persembahkan utk kalian...

Terima kasih saya ucapkan pada para penyumbang dari segi kewangan..badan -badan korporat dan orang perseorangan...tenaga2 guru2 baru..dan tidak saya lupa pada 8 orang pelajar yg sukarela membantu saya iaitu, Safiah, Syafika, Izzatul, Romaizatul, kwn Romai (cikgu x tau name), Farah Adillah, Azam dan Husni...thanks....sumbangan kalian amat ckgu hargai...=))

Road to MMM...1 week n 1 day b4..

entry ni khas untuk menceritakan perjalanan sebelum majlis makan malam SMKSA2010 yg dianjurkan oleh barisan ahli KGS skolah saya...saya tidak akan cerita masalah2 dalaman ygn melanda KGS..tapi saya akan ceritakan mengenai betapa cekalnya kami berusaha menyempurnakan majlis walaupun pelbagai halangan menimpa...sehingga ke satu tahap, kami terasa..sangat2 DOWN!!

Persediaan ke MMM dh dibuat lame dh..MMM akan dibuat di sekolah sahaja..pelbagai persiapan dirancang seelok2nya..persiapan yang paling besar kami buat adlh dgn membeli pelbagai jenis hadiah untuk cabutan bertuah...MMM kali ni melihatkan semua guru/staff akan mendapat hadiah...tetapi hadiah berbeza2 jenis dan saiz..saya telah menjalankan tugas saya untuk menyopink di Ikea bersama en.Ehem pada minggu lepas..(en.Ehem sbg penolak troli..tq ye en.Ehem)....hadiah yg belambak itu telah memenuhkan kereta ku dan saya sebagai pemilik Syarikat Cikgururose Sdn.Bhd yang menawarkan perkhidmatan membalut hadiah, telah menjalan kan kerja2 membalut hadiah di rumah saya sendiri...hahahah


persiapan diteruskan pada petang Jumaat dan saya telah berkampung di skolah dari hari Jumaat itu untuk membantu membuat persiapan...

kerja2 membalut hadiah oleh kak Su dan Yas dr Syarikat Su&Yas (co) Sdn Bhd

kerja2 menyusun meja dr Syarikat katering yg bertauliah...



kerja2 persiapan pentas diteruskan oleh Fikri & Frens services sdn bhd..tq u ols =))

Oleh kerana tema majlis kami adalah UNGU, maka dgn air pancut skali jadi warna ungu..nk tau sape punye idea???ni Idea si Fikri dan Halim..diorg g beli nila kt kedai..pastu tuang dalam air pancut ni...ade ramai yg x prasan sbb, kedudukan air pancut ni di hadapan pentas...




last view slbm katerer smpi untuk touch up dan susun menu..



last view b4 majlis...time ni kol7.10pm..majlis start kol 8..saya sempat lagi snap pic ni , tp, diri sendiri lom bersiap lagi...huhuhu..

jumpe entry akan datang =)

pecah rekod!!

salam semua...salam sejahtera...mmg sangat lama saya tidak mengapdet blog ni...sbb kesibukkan yg melampau2 sehinggakan nk merajinkan tangan untuk menaip pun dh terase malas (tapi kalu taip menaip kt Fb saya sgt rajin..weee~~)

kalau la u ols perasa..u ols g scroll kt tepi blog ni..ade senarai entry yg telah saya post mengikut bulan..dan didapati bahawa bulan September sgt sedikit entry yg saya post...nmpak sgt pemalas kan???hahahah...

so, arini saya bertekad nk post entry sebanyak mungkin..(agak2 brape ek???saye rase 3 entry je kot..)huhuhu

apapepun..smeogaberjaya utk diri sendiri...
=))