Instagram

Instagram

Tuesday, December 14, 2010

Nostalgia....Jodoh

Salam
I've got this from a friend..
Just spend a bit of your time to read through this lesson learn
Nk mengalir gak air mate bile bace nye...

ORANG kata, jangan benci sangat pada seseorang, kelak kita akan menyintainya separuh mati. Walau tidak termaktub dalam kitab, namun kata-kata inilah yang diperturunkan dari generasi ke generasi.

Pepatah Inggeris pula ada menyebut, it takes a second to know someone, a minute to like someone, an hour to love someone but it takes the rest of your life to forget your love ones. Tiada kajian saintifik membuktikan kesahihannya kerana proses kehidupan manusialah yang menjadi saksi kebenaran pepatah tersebut.


Kata orang, cinta pertama sukar dilupakan walau datang cinta lain kemudiannya. Aku menyangkal. Perjalanan hidupku membuktikan sebaliknya. Tidak semua orang bertuah memiliki cinta pertama sebagai cinta sejati. Bagiku, cinta pertama untuk dikenang. Cinta yang datang kemudiannya mungkin

cinta sejati.. Kita tidak tahu bila kita akan bertemu cinta sejati kita. Mungkin pada cintapertama, kedua, ketiga atau akhirnya kita menyedari bahawa cinta sejati kita hanyalah pada Ilahi.. Namun aku bersyukur kerana cinta sejatiku pada Penciptalah yang mempertemukanku dengan insan yang salah dahulu sebelum

menemui cinta sejatiku.


Usiaku genap 22 tahun tiga hari lepas. Aku punya kisah cinta yang padan

dengan pepatah tersebut. Ya, kerana bencilah aku menahan rasa cinta separuh

mati kini. Walaupun baru kutinggalkan hampir empat bulan lalu, aku yakin dan

percaya, cinta itulah yang akan terus kukenang selamanya.

Dia, banyak mengajarku bidang ilmu yang kucintai, arkitektur. Dia dengan

sinis, sering menegurku tanggungjawab dan peranan seorang insan. Dia,

kutinggalkan bersama kenangan. Pastilah kerana cintaku ini pernah bergelar

pensyarahku, juga mantan suamiku.

"Saya cabar awak."

"Saya cabar awak kahwin dengan saya sebaik saja awak habis belajar, which

means in this three months time. It's just a challenge. If you aren't dare

to, i bet you to tell me all the reasons why you hate me so much.. Well,

what would you say?"

Cabarannya langsung tidak mengujakan namun ayat terakhirnya benar-benar

mencabarku. Aku terima cabarannya asalkan dia juga menyahut cabaranku -

kecuali ketika upacara membatalkan wuduk di majlis akad nikah, aku

mencabarnya agar tidak langsung menyentuhku. Saat dia menyentuhku, talak

jatuh ke atasku.

Dengan wajah selamba dan senyuman sinis, dia menyahut cabaranku.

Termeterailah perjanjian kami malam itu bersaksikan rakan-rakanku. Gila.

Lawatan akademik yang paling menyayat hati. Rakan-rakan menghakimi

perbuatanku. Pelbagai pertanyaan mereka lontarkan. Pulang dari Bali dan

kembali meneruskan pengajian, saban hari mereka memujukku melepaskan

cabaran. Asal saja Encik Zhafran mengajar, suasana janggal. Kerap dia

menghasutku dengan sinis supaya melepaskan cabarannya.

Lemas, kadangkala berasa hampir tewas namun janji tetap

janji. Aku mahu lebih tabah, lebih kuat. Cukuplah kisah lama.

Hakikatnya aku tidak tahu salahku hingga begitu sekali dia membenciku.

Aku hanya insan biasa dengan rutin hidup normal, suka mengelamun dan tiada

keistimewaan lain.

Seingatku, hari pertama semester ketiga, dia hadir memperkenalkan diri

sebagai Encik Zhafran, mengajar reka bentuk seni bina. Panggilan formal dan

santai, Sir Zhafran. Satu tabiatnya, setiap kali dia bertanya ya atau tidak,

kami perlu menjawab, "Yes sir!" atau "No Sir!" dengan tegas. Aneh..

Entah mengapa, setiap kali dia menyebut namaku, Aisyah, aku rasa menyampah.

Walaupun begitu, aku tetap menghormatinya. Dia prihatin dengan kerjaku,

tidak pernah sekalipun dia mungkir singgah di mejaku ketika sesi tutorial.

Komennya yang tegas dan membina menyenangkanku. Realitinya, dia juga

penyumbang kepada kejayaanku beroleh A dalam subjek tersebut. Untuk itu, aku

amat berterima kasih.

Entah mana silapnya, sikap ramah dan prihatinnya terhadapku cuma bertahan

satu semester sahaja. Menginjak ke semester keempat, ada saja sikap dan

perbuatanku yang tidak kena di matanya. Sesi tutorial, dia tidak lagi

singgah di mejaku. Sesi pembentangan, dia jarang menumpukan perhatian namun

banyak pula komen dan sindirannya. Kadangkala, terasa seperti diaibkan.

Rakan-rakan menyuruhku bersabar. Mereka juga hairan dengan perubahan

tingkahnya terhadapku. Aku muhasabah diri, mencari khilaf yang mungkin

menggurisnya. Namun aku buntu. Perasaanku yang sedih dengan perlakuannya

bertukar benci lalu aku juga bersikap dingin terhadapnya.

Benar, kebencian bernanah andai kita tidak merawatnya. Setahun dibiar,

akhirnya 'nanah' itu pecah lalu terluahlah segala kebencian. Malam

persembahan kebudayaan Malaysia - Bali menjadi saksi kebencian kami yang

akhirnya bertukar tragedi.

Dalam amarah, kami saling mencabar disaksikan rakan-rakan. Aku akan pastikan

kemenangan milikku.

Menghormati syariat dan adat, dia melakukan semua yang sepatutnya -

menghantar rombongan dan merancang majlis. Ibu tergamam tatkala cincin emas

dihulurkan Datin Afifah. Bila ditanya, tenang saja kami menjawab, dah jodoh.

Kami memang pandai berlakon, mesra dan ramah di khalayak ramai.

Rabu, peperiksaan akhir tamat. Sabtu, hari 'bahagiaku' menjelang. Majlis

akad nikah bersekali resepsi disambut meriah. Tidak henti-henti aku

menguntum senyum 'bahagia'. Pastilah, sebentar nanti aku akan memenangi

cabaran ini.. Hatiku ketawa puas.

Selepas Zuhur, bersaksikan seluruh ahli keluarga, pensyarah dan rakan-rakan,

kami diijabkabul. Saat bertentang mata dengannya dan menguntum senyum, aku

sayu.

Walaupun sekadar permainan, akhirnya aku bergelar isteri. Bodohkah aku?

Cabaran bertukar tangan. Kehidupan kami unik. Tiada bulan madu. Di kondonya,

kami tinggal berlainan bilik. Dingin dan terasing. Tiada interaksi yang

kerap, bertegur sekadar bertanya perkara yang patut, mengejutkan Subuh atau

saling menyindir. Makan biasanya asing, dia di dapur dan aku di hadapan

televisyen.. Aku menjalani kehidupan yang bahagia sepanjang menyiapkan tesis

akhir pengajian bersama 'suamiku'. Dia juga berpegang pada janji. Aku rasa

selamat walau tidak mengunci pintu bilik di malam hari.

Keadaannya yang demam teruk satu pagi sebulan selepas pernikahan kami

menyedarkanku.. Dalam demam dan batuk, dia berkeras tidak mengizinkanku

menyentuhnya, bimbang nanti jatuh talak. Gila aku dibuatnya. Kutegaskan

sekali lagi syarat cabaran, hanya dia yang tidak boleh menyentuhku, bukan

aku. Selama tiga hari menjaganya, aku menyediakan makanan, menyuapkan ubat,

menuam dahinya, mengelap badannya malah menemankannya hingga tidur. Kami

cuma diam, kadangkala aku perasan genangan air matanya. Sepanjang itu dia

berusaha tidak menyentuhku.

Betapa dia berpegang pada janji. Aku bungkam. Mengapa?

Selepas dia pulih, kehidupan kami kembali normal. Runsing dengan sikapnya

dan tertekan menyiapkan tesis, fikiran dan kesihatanku terganggu. Walaupun

demam, aku nekad menyudahkannya. Gagal. Panas badan menghentikanku. Tinggal

beberapa muka lagi ketika aku tertidur di depan komputer pukul empat pagi..

Jam satu petang terjaga, aku panik. Komputerku ditutup. Pandanganku

menangkap tiga buah buku berkulit keras siap dijilid dengan namaku di

atasnya. Kusemak hingga helaian terakhir. Itu tesisku! Semua fakta dan hujah

yang kulakarkan disampaikan dengan terperinci, padat dan lengkap dengan

gambarajah... Sebahagiannya bukan

kerjaku, pasti kerja dia.

Maaf saya siapkan, takut awak tak sempat hantar sebelum pukul 5. Jangan

risau, saya bukan pensyarah penilai. Makanan dah disediakan, makanlah. Kalau

tak larat drive, call me, i'll fetch you. I'm half day today. So then, take

care. Again,

sorry.

-Zhafran-

Nota kecil tersebut membuatkanku terjelepok ke lantai. Aku menangis, meraung

kecil. Geram dan menyampah, sebal. Cukuplah!

Tiga bulan sebumbung dengannya, aku tidak sanggup berpura-pura lagi. Aku

perlu segera keluar dari rumahnya dan hilang daripada pandangannya. Aku tak

mampu terus bersamanya. Aku nekad menerima tawaran belajar ke Glasgow .

Tanpa perasaan, kunyatakan hasrat dan minta dia melepaskanku dengan alasan

aku ingin mencari cinta pertamaku. Lama dia diam, kemudian mengangguk dan

berlalu. Ibu bapaku hanya kuberitahu tentang hasrat menyambung pengajian.

Lapangan terbang menyaksikan pertemuan dan perpisahan. Di sini juga ada

ketawa dan air mata. Dan malam itu, aku ditemani keluarga dan Zhafran. Dia

banyak mendiamkan diri, sekali-sekali melayan adik-adikku dan tersenyum

memandangku.

Saat perpisahan, aku menyalami seluruh ahli keluargaku. Sampai giliran

Zhafran, keluargaku menjauh. Hanya aku dan dia. Tiba-tiba, dia menyentuhku,

menarik tanganku bersalam dengannya. Hatiku luruh. Perlahan-lahan kutunduk

mencium tangannya. Air mataku bergenang. Bangkit semula, dia mencium dahiku

lama. Dengan perlahan, dia berbisik, "Saya lepaskan awak. Carilah cinta

awak. Saya doakan awak bahagia."

Lambaian terakhirku pada mereka disertai deraian air mata yang deras

mengalir. Aku sebak, amat. Hingga mereka hilang daripada pandangan, aku

hanya nampak Zhafran dan senyuman ikhlasnya. Aku menangis dan menangis. Aku

mengerti segala yang berlaku, aku yang memintanya. Namun hatiku benar-benar

pedih.

Tamatlah cabaran, perjanjian dan hubungan kami. Tapi aku pasti, sesuatu

telah lama lahir dalam hatiku. Sebelum berlepas, nombor Zhafran kudail. Lama

baru kudengar suaranya. Hatiku pedih.

"Kita kalah. Tapi saya kalah teruk bila awak tak tanya alasan membenci

awak."

Sir, i hate you. I have to since i realized that i've fallen into you the

second you call out my name years ago and i can't believed it.

"Saya bukan gadis suci. Memang saya masih dara tapi Ashraf dah terlalu

banyak menyentuh saya. Saya kesal dan saya bertaubat. Tapi saya rasa jijik,

benci diri sendiri. Saya tak layak untuk sesiapa. Untuk itu, saya tak

sanggup menyintai awak. Lepas kahwin, saya semakin membenci diri kerana saya

sedar awak sayangkan saya. Tapi saya tak layak untuk awak!" Aku teresak.

"I'm sorry i love you sir. But i'm so sorry i can't love you. Take care."

************ ********* *****

Cintaku berakhir di situ. Di bumi Inggeris ini, aku belajar mengubati hati,

menyibukkan diri dengan tugasan dan kuliah. Aku jumpa Ashraf, dia sudah

berubah, juga minta kukembali padanya. Maaf, hatiku bukan lagi untuknya.

Sesekali ingatanku melayang mengenang Zhafran. Kadangkala termimpikannya dan

apabila sedar, aku menangis.

Sejak di KLIA, kami sudah tidak berhubung. Mungkin dia juga sepertiku, ingin

melupakan satu sama lain dan memulakan hidup baru. Melupakan? Semakin

kuberusaha, semakin kusedari betapa kumerinduinya.

Petang Khamis itu, aku bersiap ke masjid untuk bacaan Yassin. Musim luruh

yang nyaman menenangkan hatiku tatkala menyusuri jalan. Pemandangan hijau

dan lautan langit biru mengasyikkanku. Bam! Berpinar kepalaku terlanggar

tiang lampu di tepi kawasan masjid. Dahi kugosok, cuba mengesan sebarang

perubahan.

"Langsung tak berubah, suka mengelamun."

Aku tersentak lalu berpaling ke arah suara itu. Wajah yang kurindui itu kini

di hadapanku, sedikit cengkung.

"Ikut saya." Zhafran terus menarik lenganku dan mengheretku ke pintu masjid.

Agak ramai orang di dewan utama. Dia berpusing memandangku. Matanya menjilat

wajahku lama. Aku diam, berdebar.

"Saya tahu awak ada banyak soalan tapi kita boleh cerita nanti. Sekarang ni,

saya nak kita masuk dalam dan nikah semula."

Jantungku seolah terhenti. Kutatapnya dalam. Tanpa sedar aku menapak

selangkah ke belakang. Dia menghela nafas. "Aisyah, awak tahu tak saya dah

lama sayangkan awak?"

"Setiap kali saya panggil nama awak, hati saya berdebar. Saya rasa bersalah,

saya tak patut jatuh cinta pada pelajar sendiri. Sebab itulah saya dingin

terhadap awak untuk mengurangkan rasa bersalah saya. Tapi tak sangka

perbuatan saya menyusahkan hingga awak membenci saya. Malam tu di Bali ,

sebenarnya saya melamar awak takut-takut. Tapi lain pula jadinya."

Aku tergamam dengan penjelasannya.

"Semua orang buat kesilapan Aisyah, saya pun. Tapi yang penting ialah cara

kita menanganinya, siapa kita pada hari ini dan apa kita nak jadi nanti.

Kisah silam awak langsung tak mencacatkan perasaan saya terhadap awak." Dia

berhenti.

"Sebulan saya di sini mencari awak, mengikuti rutin harian awak, memandang

awak dari jauh. Saya tunggu awak habis edah. Saya tak nak rujuk, nanti kena

sambung cabaran dulu. Saya nak nikah semula dengan awak, saya nak awak jadi

isteri saya semula."

Matanya bergenang. "Saya bukan malaikat. Tak ada satu ketika pun saya tak

rasa nak sentuh awak. Bila awak tidur, saya masuk bilik tengok awak. Saya

teringin usap awak, teman awak tidur. Saya geram tengok awak ketawa depan

TV. Dulu masa awak jaga saya, saya rasa susah sangat. Saya sedih kenapa kita

jadi macam tu."

Terdengar esakan.. "Aisyah, i need you, i love you so much. I can't be apart

from you anymore. Will you take your stupid ex-hubby as your real husband

again?"

Terlalu pantas dan mengejutkan. Sebak dan terharu. Lidahku kelu, air mataku

sedari tadi tidak berhenti. Lama kuterdiam, cuba mencerna kata-katanya.

"Aisyah, yes or no?"

Lamunanku tersentak. "Yes sir! I do!"

Opss! Dia senyum. Aku tunduk malu.

Orang kata, jika kita cintakan seseorang, bebaskan dia. Jika dia kembali,

maknanya dia memang tercipta untuk kita. Aku melepaskan Zhafran namun dia

kembali semula padaku. Dia menyedarkanku bahawa kita tidak boleh pilih

dengan siapa kita hendak jatuh cinta. Dia membuatkan aku yakin pada diriku..

Banyak perubahan berlaku padaku sepanjang mengenalinya. Dia membuatkan aku

percaya, sesiapa jua berhak untuk bahagia kerana bahagia diusahakan oleh

kita sendiri.

Luahkan hasrat dan impian kita dengan ikhlas dan berusaha memperolehinya. .

Tiada doa yang tidak didengar, tiada usaha yang disia-siakan. Percaya pada

diri dan hati kita. Cintailah diri dan cintailah segala yang kita ada,

jangan persiakannya. Oleh itu, Zhafran, terima kasih untuk segalanya.

"Aisyah sayang, where are you dear? Come here honey, i need your help."

"Yes sir!!"

sekian.

"in life, ALLAH doesnt give you the person you want, instead he gives you

the person you need...

to love you... hurt you and teach you the real meaning of life..."

Sunday, December 12, 2010

Langkawi | Island Hoping part 2

ni plak crite kt Pulau Singa Besar & Pulau Tasik Dayang Bunting..

kt PSB, x ley turun ke pesisir pulau..tp kite boleh tgk bykkkkkkkburung helang tgh berterbangan mencari makanan kt gigi2 air...ade 2 atau 3 spesies helang kt area situ...mmg menarik..malangnye..kalu dh snap pic gune kamera fon je..mane la nk nampak ngn jelas burung helang tu kan...tp, xpe..saya berbangga kerana saya sudah menyampaikan diri kt PSB!!!

ni gambar nye


kami menghabiskan masa selama20 minit sahaja di sini..selepas tu, kami bergerak ke Pulau Dayang Bunting...x yh crite cm ne wujudnye name Dayang Bunting..u ols bley je gugel sendiri kan...

ade nampak x cm ibu mengandung yg tgh baring??bentuk kepala, dada,dan perut??
ade nampak???

kami baru smpi di entrance TDB

tgk ni!!!saya di sini..


asalnye x mo naik bende alah yg ade kt depan saya tu...tp, cm teruja pulak tgk org laen kayuh bende tu..huhu



pengunjung bley mandi manda

org kata..sape yg dh berkahwin dan berhajatkan utk dapat anak, boleh la minum/amik air di tasik ini..mudah2han termakbul lah hajat untuk mendapatkan zuriat...

tapi..saya lom kawin lagi..xkan nk minum air kt tasik ni kan..so, saya hanya main2 air je sudah..walaupun tahu air tasik ni x masin pun...tawarr...(sempat rase kt lidah..;p)

entrance Tasik Dayang Bunting

kami menghabiskan masa lebih kurang 45 minit disini..mmg best..duk lame2 kt TDB ni pun xpe..tp apekan daya, 4 jam yg diberi dalam pakej tu terase cm terlalu sekejap pulak..

Info utk pakej Island Hoping ni..kalu ikot per head..rm40~rm50 jugak la kadarnye..anda boleh pilih sama ada nk pegi share bot ngn org2 lain..atau pun nk sewa charted boat..meaning..u ols sewa bot dlm kadar rm240 utk konco2 korg saje..xkesah nk sumbat brape org dlm bot yg korg nk sewa tu..kapasiti bot boleh dipenuhi dgr 12 org penumpang..so, korg kalkelet la brape kene bayar kalu nk compare bayar utk per head kan?mmg berbaloi2 woooo~~~

dan kali ni saya tidak mabuk laut pun..saya suka pada kelajuan dan ketinggian...cuma kali ni, saya keciwa sket sbb x dpt snorkeling kt Pulau Payar...dan semestinya kalu xde aras melintang pukang..saya akan pegi lagi ke Langkawi...

Saturday, December 11, 2010

Langkawi | Island Hoping part1

keterujaan yg kedua ialah naik bot laju laju dan lajuuuuuuuuuuuuu~~best woooo...rase cam masalah saya yg berbakul2 telah dicampakkan kt dlm laut...tp hakikatnye..saya tak cmpak sepenuhnye...masih bersisa..dan saya masih bawak balik keluar dr Langkawi dan terus bawak ke negeri Selangor semula...haihssss... ;(

ok ok..bukan entry nk carik simpati..entry ni nk crite pasal naik bot kan??we ols amik pakej Island Hoping iaitu melawat/meronda2/bersantai2 di 3 buah pulau berdekatan (x dekat pun..jauh wooo...30minit perjalanan dr jeti)..kalu buat Island Hoping, ambil mase 4 jam...nampak cm lame kan??tp rase cm sekejap je..tak caye korg g sendiri..amik pakej Islang Hoping...

meronda2 ke 3 buah pulau iaitu Pulau Beras Basah, Pulau Singa Besar dan Pulau Dayang Bunting...

Pengembaraan bermula pada pukul 10 pagi menaiki bot menuju ke Pulau Beras basah..kami dinasihatkan agar tidak membawa makanan dalam plastik..kerana byk monyet2 liar yg mmg menanti pengunjung utk mengambil makanan ..di Pulau Beras Basah,.xde pe yg menarik sgt la.(pandangan diri sndiri).tetapi pengunjung boleh mandi manda dan menikmati air laut yg tenang dan bersih dr pencemaran...dan juga boleh cuba untuk menggelapkan tona kulit sendiri....hhihhi..we ols smpi kt PBB kol 10.30pg..dan gerak keluar dr PBB utk ke Pulau Singa Besar pukul 11.20pg..

action je lebih ni..huhuhu

baru nk bergerak naik bot lajuuuu~~



view dr atas bot..

ni pulak gambar2 kt Pulau Beras Basah


saya sudah sampai disini...

cantik kan pemandangan belakang tu??cm kt kertas lukisan plak..

bot2 yg membawa pengunjung

jeti utk menurunkan/menaikkan penumpang...




pemandangan kt PBB sgt cantik...pasir pantai pun sgt halus..rase cm nk jerit kuat2 kt sini..tp apekan daya..ramai org la pulak..

ok..nnti masuk ke part 2 plak ye..nk crite pasal Eagle Feeding kt Pulau Singa Besar

Langkawi | Gunung Mat Chinchang


Saya tak mau cerita panjang lebar pasar percutian saya..saya tidak mahu buat byk siri2 cerita percutian saya di Langkawi baru ini...kalu nk tahu pasal Langkawi..u ols pun bley gugel sendiri..tap bagi saya..saya nk cerita tentang kegembiraan saya menaiki kereta kabel ke Gunung Mat Chinchang...mmg sgt teruja!!!


baru di perhentian pertama...kt sini anda boleh tgk pemandangan dr udara pada ketinggian 500m ++ dr aras laut..

pemandangan dr stage pertama nk ke Gunung mat Chinchang...

pemandangan dr puncak GMC ke jambatan gantung

pemandangan dari jambatan gantung ...suasana disini sgt sejuk ok..angin sgt kuat..bukan sepoi2 bahase lagi..angin mmg x reti bahase...sejukkkkkkkk...grrrrr~~

pemandangan dr stage pertama



taraaaa~~~~saya dh smpi kt GMC...saye sgt suke..dan saya x rase gayat pun langsung...

ok..ni je yg nk kongsi ngn u ols..ade lagi nk cerite pasal keterujaan naik bot plak...

*p/s: buat sesiapa yg nk g naik cable car ni...pesan saya..jgn pegi waktu pagi..even u ols mmg tahu waktu pagi sgt sejuk dan sesuai utk tgk kepul2 awan kan???pesan saya..waktu pagi..sgt ramai pelancong (yg dtg ikot rombongan bas dr merata2 )..so, kalu anda berdegil gak nk join utk berpusu2 naik pada waktu pagi...anda terpakse beratur panjang utk naik cable car tersebut...so, saya nasihatkan anda untuk naik selepas pukul 11 pagi...org dh x ramai...

Menghitung hari..


kurang dari sebulan akan datang tarikh itu semula..yg berbezaa cuma tahunnya..pejam celik pejam celik..angka 1 berubah kepada 2..dalam mase yg sama mcm benda telah berubah..bukan dr segi fizikal atau pun mental..tp dr segi emosi, hati dan perasaan..syukur Tuhan masi berikan kekuatan mental kepada diri ini..walaupun adakalanya diri ini seakan mengalah dan mahu sahaja menarik diri dari drama yg di arahkan sendiri..air mata kegembiraan,kesedihan serta air hingus..(errr...yuckksss!!sorry..ni entry berbaur serious ye.) menemani hari2ku..

Diri sendiri adakalanya sukar untuk memahami diri sendiri....diri sendiri juga terfikir akan bagaimana untuk memahami diri orang lain...diri sendiri untuk meletakkan diri sendiri di tempat org lain..tp...adakah diri orang lain turut memperlakukan perkara yang sama?pelbagai persoalan yg diri sendiri cipta...dan..kebanyakkan soalan itu..diri sendiri yg jawab..

Adakala..diri sendiri terase macam bukan sesiapa yg tidak memberi manfaat kepada org lain..ape yg diri sendiri mahukan pun diri tak tahu.. ;(

Setiap hari yg dilalui ditemani dgn perasaan yg bercampur baur..akan tetapi..diri sendiri yg menenangkannya..diri sendiri pandai membawa diri..pandai menyembunyikan perasaan sendiri..sebenarnye..diri sendiri yg lemah..diri sendiri x kuat seperti kuatnya perasaan sayang yg terpendam...

Maafkan diri ini jika x boleh menjadi seperti yg diharapkan..terimalah seadanya...dan..jika x nk...jgnlah dianiaya perasaan ini....relaikanlah..

menghitung hari..setiap detik amat bermakna..setiap saat,ku mengharapkan keajaiban akan berlaku...

tik tok tik tok....it will turns 2!!

Friday, December 10, 2010

All in 1 versi Selamat Sambut Baby

kali ni nk ucap selamat sambut baby buat sahabat2 yg selamat melahirkan anak pertama mereka..Dulu berdua sekarang dh bertiga pulak..bayi2 anda semua comel2 belaka...hmmm...nk bahase kan diri sebagai 'kakak' ke 'aunty' huh?? Kakak la ye...mude lagi mendengarnye...huhuh

Ucapan selamat buat :

Zimah & Adan

Ulhusna & Faiz

Yuy & Suami

Fikri & Nurul Jannah

Ahmad Hidayatullah & Zanariah

tidak lupe pada yg dh habis pantang dh pun..seperti Jihan (mama Damia), Azidah (kembar kepada Azimah Aziz

turut x lupe pada yg bakal nk smbut org baru gak..seperti Nady (siti nadirah nasir) yg x brape hari lagi kan...Diharap semuanya selamat..semoga zuriat yg lahir menjadi org yg berguna dan berjasa kepada kedua ibu bapa , masyarakat & negara (wahhh...dah mcm Yb plak bg ucapan)


*entry ni xde nk letak2 gambar.mintak maaf zahir dan zahir.. ;p
**ade lagi yg x tersebut namanya..sila bg tau ye...kak ros nk bg hadiah sorg demi sorg..kak ros bergaji ciput je..so, kak ros doakan kesihatan kepada semuanya je ye...daaa...

All in 1 versi Selamat Pengantin Baru

Seperti biasa lah..kalu musim cuti skolah ataupun ujung tahun ni..ramai yg ingin melangsungkan perkahwinan dan tak lupa juga yg melangsungkan pertunangan.Oleh itu, tidak terlewat rasenye kalu saya rangkumkan sekali ucapan tahniah saya buat sahabat2 saya yg telah bergelar suami atau pun isteri..Semoga kalian berbahagia bersama dalam menempuh alam rumah tangga...

Ucapan tahniah buat :

Diana & Raiz (Dewan Ahmad Razali, Sementa)



Naza & Ain (Sg.Bertih,Klang)



Rehan & Azeem ( Felda Bukit Cherakah)



Wardah Jumeren & Naim (Tj.Karang)



Syazwani & Bakhtiar (Bt.8, Bukit Kapar)



Wawi & Aida (Sg.Pinang,Klang)



Hafis Saiden & Pasangan (Klang)
**maaf tiada gambar utk tatapan anda..


sebenarnye byk lagi yg x dimasukkan dalam list ni..ada diantara mereka ialah anak2 kenalan ayah & mak saye..ade yg makcik saudara (sebaya saya) dan ade yg bakal biras saya...tapi takpe..doa saya agar kalian berbahagia =)