Instagram

Instagram

Monday, October 26, 2009

Kisah rumput part-4

Kisah Rumput I, Kisah Rumput II dan Kisah Rumput III...

ini sambungannya....

....maka si pelajar itu pulang ke rumahnya membawa pelbagai persoalan mengenai rumput yang telah menjadi topik perbualan dia dan cikgu nya itu...langkah demi langkah, si pelajar berjalan menyusuri denai yang telah dilalui sekian lamanya oleh para penduduk di kampungnya itu...

kali ini, matanya tidak meliar seperti kebiasaan yang dilakukan apabila pulang kesekolah...dia kini lebih menunduk ke tanah untuk melihat sambil mencari-cari sisi-sisi indah si rumput yang menjadi simbolik buat diri gurunya itu..bagi dirinya, memang rumput semuanya sama, tiada apa yang menarik, tiada apa yang cantik, tiada harumnya dan tiada serinya...ia nya tetap menerima nasib yang sama, dipijak, dilanggar, digilis oleh tayar dan di potong menggunakan mesin rumput...tetapi..mengapa rumput???

si pelajar semakin tidak mengerti dengan persoalan2 yang bermain dimindanya sejak akhir-akhir ini...

keesokan harinya...

umpama pemburu yang ingin memburu buruannya...pantas si pelajar bertanya kan soalan-soalan yang telah difikirkan itu sebaik sahaja sesi pembelajaran tamat..

maka si pelajar terus bertanya kepada cikgu tersebut"cikgu, mengapa mesti rumput yang menjadi simbolik?..ianya tetap rumput yang dipijak, dilanggar, di gilis oleh sesiapa sahaja tanpa rasa belas kasihan?" luah si pelajar.

sang guru hanya mampu tersenyum seraya menjawab "ya, memang rumput yang menjadi simbolik. Kerana kedudukannya dibawah lah yang membuatkan kita perlu lebih menghargainya..ya!, ia mmg dipijak dan digilis..tiada harum dan tiada apa yang menarik. Tidak seperti si bunga...cantik, harum, bukan setakat di atas kedudukannya tapi ade yang berbunga disegenap pelosok pokok bunga itu..indah bukan?"

si pelajar terdiam...

"bunga memang cantik, diserikan dengan haruman yang pelbagai serta warna-warna yang mampu menarikminat sesiapa sahaja yang memandang..bukan kita manusia boleh mengkagumi keindahan bunga waima serangga juga mengagumi dirinya..keindahan bunya sesuatu yang subjektif..Ianya memberi pelbagai tafsiran dan pendapat".

"Akan tetapi, rumput yang dikaki kita itu lah yang membuatkan manusia perlu sedar bahawa dirinya harus dan perlu memandang ke bawah. Sedar akan realiti hidup. Sedar untuk menjadi insan yang perlu menghargai sesuatu yang dianggap tidak ada nilainya. Sedar bahawa disebalik kekurangan terdapat sisi-sisi kelebihan yang perlu dihargai. Hidup perlu ditingkatkan. Sama lah juga dengan kasih sayang kita terhadap sesama insan. Jangan berhenti menghargai seseorang tetapi cubalah untuk meningkatkan kasih dan sayang itu".

Sesungguhnya penghargaan, menghargai dan dihargai sedikit sebanyak akan memberi sinar dalam diri seseorang.

3 comments:

mohammadfaizal said...

apsal font biru? hahaha

rose sensei said...

febret kale kot..

Syafiqjay Photofibre said...

Two thumbs up...
good path of story from part 1 until 3....well, it brings along moral values, tought
how to find and love someone in much better way, and yeah to be thankful of what we had...
try to maintain in relationship,face all the obstacles that come, and last, improve our self and attitude
no matter how hard it is...