Instagram

Instagram

Monday, July 27, 2009

**kisah rumput**


Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini:-

Pelajar: Cikgu, mcm mana kita nk pilih seseorang yang terbaik sebagai org paling kita sayang?.Macam mana juga kasih sayang itu nk berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nk tahu ke> emmm..baiklah, sekarang kamu buat apa yg saya suruh.Ikut je ye..mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : baiklah..apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang rumput yg berasa di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok, saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.
Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumut yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu: Mana rumput yg cikgu suruh petik?

Pelajar :Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah umput yg paling cantik. mmg ada byk yg cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yg paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yg paling cantik. Mungkin ada di antara yg di belakang saya sebelum itu tapi dah ckgu ckp tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yg saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, jgnlah kita hendak mencari lagi yg lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yg berada di depan kta sebaik-baiknya. jgnlah kita menolah ke belakang lago kerana yg berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yg berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan org yg kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun byk perkara yg menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah org yg kita syg itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan byk lagi yg cantik dan baik seperti rumput tadi...




Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas..........

1 comment:

alchemy said...

oh sayunye rumput~ xpe la kak... doa la, buat istikharah ke... =)