Instagram

Instagram

Thursday, November 25, 2010

Apa itu YAWA dan CCC camp?

Hye..saye nk update pasal 3 hari pengalaman pegi camping yg lain dr yg lain...sgt2 enjoy dan sgt2 bermanfaat..camping ini di anjurkan oleh sebuah badan NGO yang dikenali sebagai Yayasan Anak Warisan Alam atau lebih dikenali sebagai YAWA. Saya tidak akan menerangkan secara lebih terperinci mengenai YAWA kerana anda semua boleh klik kt link ini http://yawa.org/index.php?option=com_content&view=article&id=48&Itemid=27 untuk tahu banyyyyaaaaaakkkkk mengenai YAWA..

Cam ne saye boleh join camping YAWA-KIEHL'S Catchment, coastal & corridor ni??

Ok, saya pergi untuk menggantikan seorang rakan sekerja saya dan lagipun mmg dh cuti sekolah dan tak buat ape2 pun (melainkan kene study untuk induksi ;p)..maka, saya bersetuju untuk pergi ke camp tersebut menemani Diana dan 6 orang anak murid saya yang mana 5 daripadanya merupakan peserta UMW Eco Challenge. Seorang pelajar lagi diminta untuk mengisi kekosongan dalam trip kali ini.

Brape hari & apa aktivitinye?

kem ini mengambil masa 3 hari 2 malam. kem ini merupakan kem yg lain drpad yang lain kerana hampir 90% aktiviti tidak dijalankan di dalam kawasan penginapan kami di Kem Mega Crystal, Kuala Selangor..tetapi kami semua dibawa melawat dan mengambil sampel air seta mengenal pasti kehidupan flora dan fauna di sekitar Sg.Ara Damansara dan pergi mengenalpasti biodiversiti di Tasik Ara Damansara. kami bertolak ke kem Mega Crystal sebagai tmpt penempatan kami selama tiga hari. Kami turut pergi ke Taman Alam (untuk aktiviti menanam anak pokok kayu bakau dan kawasan pembiakan ketam)..selain itu pegi ke Bukit Melawati utk melihat sejarah Kuala Selangor di muziumnye dan berjalan2 di atas bukit melawati sambil melihat gelagat2 Beckham si en.Nyet..huuh

Pastu kami juga pergi ke Pantai Remis sebanyak 2 kali. Kali pertama untuk pergi menguji sampel airdi kawasan tepi pantai dan kami ada membuat Touch Pool sambil diberi penerangan oleh pegawai dari Lembaga Urus Air Selangor (LUAS),dannn...kami diberi peluang untuk bermain layang2!!!!

Hari ketiga, kami pergi ke Bukit Tagar Sanitary landfill yg merupakan kawasan pengurusan sampah2 pepejal yg terbesar di Malaysia dan telah diiktiraf sebagai pusat pengurusan samaph paling canggih di Asia kerana sisa2 sampah diuruskan dgn baik dan yg paling menarik,kecanggihan sistem yg di majukan oleh KUB (Enviro) itu TIDAK melepaskan air2 sampah (leacheate) ke sungai2 utama yg berdekatan..(saya tanak cerita di sini..huhuh)

Ok la..itu sahaja pasal pengenalan YAWA dan CCC camp...

gambar x smpt nk upload lagi..
nantikan siri2 seterusnya mengenai YAWA-KIEHL's CCCC...

1 comment:

Ayu Amir said...

best la rose...Rindunya nak p camping macam zaman pengakap & zaman muda dulu. Cuti sekolah je bercamping kat mana2 gunung & air terjun