Instagram

Instagram

Wednesday, November 10, 2010

Cemerlang Sahsiah, Cemerlang Sukan

pada hari Rabu yang lalu, SMKSA mengadakan Majlis Perasmian Tapak Perhimpunan berbumbung yg baru siap dibina lebih kuran 2 bulan yang lalu dan Majlis Kemuncak Kokurikulum dan Majlis Anugerah Kecemerlangan Sahsiah Diri ..kirenye,3 in 1..3 majlis dlm satu hari..senang, mudah, x yh nk buat byk kali acara..

Tapi saya x mo crite pasal Majlis Perasmian Bumbung tu...saye nk cerita pasal Anugerah Kokurikulum dan Sahsiah Terpuji..

Para pemenang anugerah kokurikulum, dinilai berdasarkan pencapaian para pelajar mengikut sukan yang mereka ceburi mengikut peringkat daerah, negeri, kebangsaan atau antarabangsa..Saya tidak terlibat secara serius dlm program ini dan hanya bertindak sebagai guru kelas yg membuat analisis pemarkahan kokurikulum sahaja.

Owh ya..saya sempat mengambil gambar bersama atlet Malaysia yang menyertai Formula Future Power Boat yg telah berlangsung di UK pada bulan 7 yang lalu..Muhamad Hanif Bi Ramli merupakan salah seorang pelajar kelas saya



Bagi Anugerah Sahsiah Cemerlang pulak, saya adalah salah seorang panel penilai bagi memilih para pelajar sesi petang yg dirasakan layak untuk mendapat anugerah2 tersebut.Para pelajar dinilai dari segi markah merit mereka (rujuk Kad disiplin) dan yang paling penting..tiada kesalahan disiplin dan selalu membantu guru tak kira walau apa cara sekalipun...

Saya sempat mengambil gambar bersama penerima sijil penghargaan atas sahsiah terpuji mereka..dan mereka ini adalah pelajar dari kelas saya : 1 suria..

Nurin, Thiviya & Luqman...kekalkan peribadi anda ini..

No comments: