Instagram

Instagram

Wednesday, April 13, 2011

Kerja sampai ke Terengganu

na..na..na..na..ganu kite..

Salam,semua..

Pe kabar..sihak semua?dh makang ke belom?(haaa..tetibe ade slang ganu plak kan?)

ekceli (ceh..balik smule ckp KL)..saye baru balik Terengganu stlh 4hari berada di sana untuk Lawatan Penanda Aras Pembangunan Ko-kurikulum dibawah anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Klang. Saya sebagai s/u koku II pergi mewakili PkKoku saya,telah melawat 2 buah skolah yang cemerlang koku..iaitu SK Gong Kapas,Kuala Terengganu dan Smk Sultan Sulaiman.

Ok,saya bercerita pasal Sk Gong kapas dahulu ye...Gong bermaksud Bukit...SKGK adalah sekolah yg telah memenangi Anugerah Cemerlang Kokurikulum peringkat kebangsaan pada tahun 2009.Menurut Pk Akademik SKGK, untuk melayakkan skolah dlm pencalonan itu,pengorbanan guru2 dituntut sepenuhnya dalam menjayakan setiap aktiviti koku.Skolah yg dikategori kan Gred B (disebabkan hanya 400 org murid sahaja) turut menyatakan bahawa pencapaian akademik turut dinilai utk tempoh mase 3 tahun berturut2 dengan mengekal dan menambahbaikkan GPS(gred purata sekolah) di peringkat Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.Kami ahli rombongan lawatan kerja turut mengorek rahsia kejayaan skolah berkenaan dalam setiap pencapaiannya.


SK Gong Kapas, KT

Selepas itu,kami bergerak ke Smk Sultan Sulaiman yang mana lebih sinonim dikenali sebagai skolah SS dikalangan para penduduk di daerah KT ini..SS adalah skolah yg pernah melahirkan ramai org ternama di Malaysia diantaranya Sultan Mizan Zainal Abidin,Raja Bahrin (arkitek Masjid Terapung Kuala Ibai@ Masjid Tengku Zaharah),Nik Azura (bekas pelari pecut Kebangsaan atau lebih dikenali sebagai Penyampai Hot fm) dan beberapa pemain Skuad Harimau Malaya.


SMK Sultan Sulaiman KT



Nik Azura (imej: Google)


Raja Kamarul Bahrin (imej: Google)

Masjid yg dibina oleh Raja Kamarul Bahrin : MASJID TERAPUNG


Sultan Mizan Zainal Abidin, bekas pelajar SS (imej: Google)


SS diiktiraf sebagai Sekolah Kluster yang mana hanya menumpukan hanya 2 sukan utama iaitu olahraga dan bola sepak.Menumpukan 2 sukan ini tidak bermakna tidak mempedulikan sukan2 yg lain,tetapi 2 sukan ini lebih diberi perhatian sehingga melahirkan atlet2 yg digeruni oleh skolah2 lain.Sesi pertukaran idea berlangsung di kedua2 skolah dan byk input yg kami perolehi dan diharapkan dpt diaplikasikan di skolah saya khususnya..dan skolah2 di sekitar Klang,amnya..

************

Pada pandangan saya, segala idea dan cara kerja/budaya kerja yg dilaksanakan oleh kedua2 skolah ini bukan x boleh dipraktikkan..tetapi saya tetibe terfikir akan kekangan yg saya dan pihak skolah hadapi..

1) Skolah2 ni, hampir 100% murid2nya berbangsa melayu dan ade skolah yg mmg meletakkan syarat kemasukan pelajarnya yg hanya terdiri dr pelajar 5A sahaja (bg SS)..manakala bg SKGK pula, enrolmen pelajar hanya 1per 5 drpd enrolmen skolah saya..so, xde mslh kan kalau nk handle semua benda dlm satu masa,bukan?

2) Dari apa yg diterangkan oleh PK kedua2 skolah tersebut,budaya kerja yg ditunjukkan oleh guru2 skolah itu mmg superb..korbankan masa cuti semua..Andai la kan semua cikgu ada sifat cmtu..kan best..tp,bile pikir smule...kite kan manusia..bukan robot...

3)Satu sahaja yg saya akui usaha mereka..iaitu..elemen kerohanian yg ditunjukkan oleh pihak pentadbir skolah walaupun Guru Besar SKGK adlh dr bangsa Cina.Mereka menjadikan rutin bacaan quran,fardu ain dan tazkirah sebelum memulakan kelas dan meeting sebagai satu perkara yg wajib tanpa sebarang kekangan dr bangsa atau agama lain.Fenomena yg sama turut berlaku pada SS yang mana,10minit sebelum sesi persekolahan diisi dgn bacaan al-quran sebagai sesi santapan rohani.Mmg diakui..kerohanian dan akademik saling berkait rapat..kedua2 ade keajaiban tersendiri..

Ok la..itu je yg nk diceritakan..jumpe next entry .

3 comments:

Reensyarinie said...

hye cik rose...nice entry lar...smkss tu sekolah reen 6 years ago..hehe

rose sensei said...

reen: laaa..ye ke...kagum gak la ngn skolah SS tu...

oowhhh..kirenye...reen ni umo masih 24 thn la ek...huhuh ;)

Reensyarinie said...

aah umur 24..nape npk mcm lebih dr 24 ke..hahaha..lame xg sek tu..rindu tul la.