arini aku nk post pasal ape yg aku bace kt berita Kosmo! edisi Rabu 2 Dis 2009..
(nasib baik tiada kejadian pelik hari ni..huhuh)
nape tajuk die cm ni??ntah la...meh bace sesame..
Kata orang , cinta itu menyakitkan. Tetapi, ia juga membuatkan manusia berasa lebih baik.
Dalam satu kajian terbaru, para pengkaji telah mengenakan rangsangan Haba Kesakitan Sederhana pada lengan 25 orang wanita. Dalam satu sesi mereka dikenakan rangsangan itu sambil memegang tangan teman lelaki mereka, sementara sesi yang lain mereka dikehendaki memegang tangan lelaki yang tidak dikenali atau memegang bola. Wanita-wanita itu melaporkan mereka kurang berasa sakit apabila memegang tangan teman lelaki.
Dalam ujian kedua pula, mereka dikenakan rangsangan yang serupa tapi kali ini mereka tidak perlu memgang tangan teman lelaki, lelaki asing @ bola. Sebaliknya , mereka hanya diberikan gambar teman lelaki, lelaki asing dan kerusi.
Kajian mendapati melihat foto teman lelaki mereka boleh menyebabkan mereka berasa kurang sakit berbanding foto yang lain.
Pengkaji-pengkaji dari Amerika Syarikat (AS) itu berkata, kajian tersebut mencadangkan nasihat praktikal : JIKA ANDA MENGALAMI TEKANAN ATAU KESAKITAN , DAN ANDA TIDAK MEMPUNYAI TANGAN SESEORANG YAG ANDA CINTAI UNTUK DIPEGANG, SEKURANG-KURANGNYA DAPATKANLAH FOTONYA...
Kajian tersebut bagaimanapun berskala kecil dan lebih banyak kajian perlu dilakukan untuk lebih mengesahkannya dan mendalami mengapa keputusan sebegitu diperoleh. Kajian itu diperincikan dalam Jurnal PSYCHOLOGICAL SCIENCE..
Persoalannye disini...kalau lah perempuan tu tgh marah kt boifren die..bkn ke kalu lg tgk foto boifren die..lagi menyampah pun ade...maunye sakit jd bertambah sakit..hmmm...terpulang kepada anda dan diri saya juga...
No comments:
Post a Comment