Instagram

Instagram

Saturday, February 19, 2011

Cube bace...

hye readers..kali ni saya kopipes coretan/notes org lain yg ade dlm fesbuk utk korang bace..tajuknye.."mengapa seorang lelaki perlu mencari isteri berkerjaya sebagai guru'..saya x kata korg perlu percaya atau x..tapi lepas bace ni korang nilai sendiri ye...


Bagi saya, secara personal nye..ade banyak yg x brape kene..sebab, x semua guru-guru wanita akan jadi seperti yg ditulis ini..huhuhuhuh


Penulis ni kata..cikgu...

1. Hidup Berjadual.

Bukan kata wanita yang mempunyai pekerjaan lain tidak mempunyai jadual, tapi kalau cikgu, jadualnya setiap hari sudah tetap dan ditetapkan. Sampai penempatan dia di sekolah pun sudah berjadual. Kalau kau tengok cikgu Kimia, hidup dia bukan sahaja berjadual, malah berkala. Macam Jadual Berkala Unsur (baca : Periodic Table) tu. Jadi kalau suami dia itu jurutera, memang senang nak kejut orang bangun pagi.

5.00 pagi : Bangun pagi, masak air, buat sarapan.

5.50 pagi : Mandi, persiapan diri, solat Subuh.

6.20 pagi : Bersiap nak keluar rumah, menuju ke tempat ke sekolah.

7.10 pagi : Sampai sekolah.

7.30 pagi : Mula kelas.

10.10 pagi : Rehat

10.30 pagi : Masuk kelas lagi.

2.00 petang : Balik rumah (kalau tiada kelas tambahan atau aktiviti sekolah)

Senang kan?

Jadi, kalau dah berkahwin, isteri itu akan mengatur hidup berkeluarga dengan lebih sempurna (insyaALLAH).

Pagi : Sarapan + kemas rumah + masak.

Tengah hari : Makan tengah hari + duduk dengan suami (buatlah apa kau nak)

Petang : Rehat + minum petang + sediakan makan malam

Malam : Buatlah apa-apa aktiviti yang perlu

Pastu..die kate lagi...cikgu....

2. Dedikasi, komited dan penuh komitmen.(yang ni aku setuju)

Seorang guru yang hidupnya hanya berkisarkan sekolah dan tempat-tempat kerja biasanya akan penuh dengan sifat di atas. Bukan apa, ibu bapa penjaga sekarang kebanyakannya mengharapkan cikgu seratus peratus dan budak-budak pula biasanya akan menjadi besar kepala apabila dibiarkan. Maka cikgu kenalah beri perhatian pada murid secara berlebihan (janganlah sampai kau jatuh cinta dengan murid pula!) dalam memastikan duit gaji yang diterima itu halal digunakan dan dimakan.

Sekejap.

Pernah kau dengar orang lain salahkan jurutera, arkitek, juruterbang, doktor, peguam dan sebagainya bila berlaku keruntuhan akhlak dan gejala sosial?

Mana ada!

Semua nak salahkan cikgu.

Maka, cikgu mestilah kena komited.

Konsep yang sama

Jadi, kalau suami terabai di rumah, nak salahkan siapa?

Maka, si isteri akan komited untuk memastikan suami gembira, bahagia dan apa sahaja asalkan suaminya tersenyum girang dan tidak memikirkan untuk menambah cawangan lain. Eh?

(sambil asah pensel dan pisau di tepi)

Yang ni pulakkk....

3. Tidak boleh menipu atau berpeleseran. (mmg la pun..tp ade gak yg memilih cara hidup utk menipu dan berpeleseran..walaupun x ketara mana)

Nak bagi markah, ada skema jawapan.

Pakaian ke tempat kerja, ada etika.

Nak tanda kertas, ada garis panduan.

Sampai sekolah, isi waktu kedatangan.

Balik sekolah, kena tekan lagi nombor di komputer.

Yuran murid semua ada hitam putihnya - nak pungut duit pun ada surat kuasa.

Bila boleh nak menipunya?

Nak berpeleseran?

Jauh sekali.

Kena tangkap boleh kena buang kerja tahu?

Lepas tu masuk surat khabar dan segala media dengan tajuk, "GURU ......"

Gila kau.

Mana nak sempat lupakan suami begitu?

Hidup akan dalam lingkungan - sekolah, keluarga, suami, sekolah lagi, keluarga lagi, suami lagi.

4. Terapi melepaskan tekanan.

Semua kerja ada tekanan.

Budak yang tolong isi minyak di stesen minyak pun ada tekanan.

Makcik-makcik yang basuh pinggan dan masak di kedai makan pun tertekan.

Tak masuk lagi nak rebus daging dengan periuk bertekanan tinggi tu kan?

Tapi bagaimana nak menguruskan diri kalau tertekan?

Cikgu-cikgu biasanya akan dihantar menghadiri kursus atau bengkel pengurusan tekanan (baca : stress management workshop). Selalunya ada, cuma akhir-akhir ini sejak ekonomi semakin sempit, kursus semakin berkurangan dan beban kerja bertambah. Tapi itu bukan suatu masalah sebab banyak cara lagi boleh melampiaskan tekanan kerja ini.

Aktiviti luar seperti basikal lasak, memanjat gunung, berkayak dan sebagainya sudah lama diperkenalkan kepada guru-guru. Bahkan, boleh ajak pasangan bersama. Elok-elok dalam melepaskan tekanan, boleh bercuti dengan suami sekali kan?

Pukul budak-budak di sekolah?

Itu bukan satu benda yang mengasyikkan pun. Masuk penjara ada harapan.

Lebih baik buat sesuatu yang menyeronokkan untuk melepaskan tekanan.

Pastu ini lak....

5. Banyak cuti sekolah dan kerja cuma separuh hari.(hahahahahahhaahahhaha...aku nk gelak je...byk cuti ape kejadahnye....kerja skolah siap bawak ke rumah ape kessss???)

Ini yang semua orang suka betul pada kerjaya guru.

Pengalaman peribadi, kawan-kawan aku yang bekerja atau bakal bekerja sebagai doktor, jurutera dan entah apa lagi jenis pekerjaan mahu aku carikan mereka pasangan yang bekerja sebagai seorang guru.

Bakal doktor : Aku dah nak balik Malaysia hujung tahun nanti, habis belajar.

Aku : Ya, bagus! Sila minta hospital yang dekat sini.

Bakal doktor : Carikan aku bakal isteri seorang.

Aku : Kau nak yang macam mana?

Bakal doktor : Aku nak yang kerja cikgu.

Aku : Eh? Kenapa tak nak doktor juga?

Bakal doktor : Susah. Nanti waktu kerja tak sama, nak cuti pun susah.

Aku : Ceh! Memilih. Habis tu kenapa nak cikgu?

Bakal doktor : Sebab senang dia nak uruskan keluarga. Sekolah separuh hari. Bila balik kerja, dia biasanya akan ada di rumah kan? Kalau cuti sekolah, setiap hari pun mesti ada di rumah. Tak payah pening fikir nak ambil cuti ke apa.

Aku : Amboi kau.

Bakal doktor : Tapi tak nak yang macam kau.

Aku : Kenapa?

Bakal doktor : Sebab kau nanti pergi berbasikal masa cuti sekolah. (ketawa)

Aku : Keji gila. Bukan sepanjang cuti aku berbasikal. (ketawa)

Korang bace yg ni pulak..

6. Penampilan.(ini aku setuju 200%)

Ini sengaja aku tambah sebab orang sana ada tulis pasal rupa.

Dari segi wajah dan sebagainya, aku tidak akan menilai manusia. Tapi kebanyakan guru-guru biasanya punya penampilan yang sedap mata memandang. Pergi sekolah mesti kena dengan gaya. Setiap hari ada berapa pasang mata yang akan memerhatikan langkah guru itu?

Masuk kelas itu, budak-budak tengok.

Masuk kelas sana, ada budak-budak lain pula tengok.

Budak-budak yang suka, akan puji - "Cikgu lawa gila hari ini!"

Sudahlah cukup dengan lawa, cantik, ada pula gila.

Haih!

Sebab itu cikgu-cikgu kalau dipuji, dia tidak akan cepat bangga diri. Sebab apa?

Setiap orang yang suka (biasanya budak-budak yang akil baligh kalau sekolah menengah dan budak-budak jujur dan telus macam sekolah rendah) - selalu puji cikgu. Jadi, bukan suatu masalah dan kau tidak akan nampak cikgu itu kembang-kembang segala bila dipuji cantik, menarik, tertarik, menawan dan macam kena sawan. Eh?




secara peribadi..x semua si cikgu yg buat notes ni betul..sekarang dh berubah..lebih2 lagi tang 'banyak cuti 'tu..Saya akui sendiri..mmg kami cikgu2 inginkan cuti..sebab keja kami separuh hari..pastu kene siapkan kerja yg banyak seperti kerja2 pengkeranian + isi dokumen pelajar dalam kad disiplin, kad kesihatan,kad kokurikulum,kad laporan akademik..tiu lom kire nk buat penilaian kt PEKA Sains lagi..kerja kursus KHB lagi..belom buat Ujian Lisan BM, BI dan PAFA utk Pendidikan Agama Islam...itu baru kerja2 sampingan..lom kire ngn kerja2 analisis bilangan pelajar dalam rumah sukan,kokurikulum..dsb....

Kami guru2 mmg bawak kerja balik ke rumah...Korang je yg slalu fikir kerja kami sgt mudah...hakikatnye kerja kami x pernah habis...penat mulut membebel curahkan ilmu ..pastu penat tangan menulis dokumen lagi...blom lagi nk layan kerenah beratus2 orang pelajar setiap hari...

Itu belom lagi kalu cikgu2 yg buat part time lagi tu...so, kesimpulannya..cikgu mmg perlu cuti..tp korg x perlu lah menyatakan kejelesan terhadap kami yg byk cuti ni..

Pasal bab 'penampilan' tu mmg betul la..sebab, guru ni jadi role model kt skolah..dan bebudak skolah..kalu kite pakai baju 3/4/5 tahun yg lepas pun diorang still kate cantik..belom lagi cikgu2 die dressing bagai nk vogue lagi..mmg menggunung la pujian students kt cikgu..Students mmg suke puji cikgu..mungkin mereka mahu di layan baik oleh guru2nya atau pun itu sebagau strategi mereka untuk dapat markah lebih kotttttt mase peksa nnti...hahahahahahahaha

Akhir kata...ape yg ditulis oleh cikgu ni..ade yg benar.ade yg x benar...cikgu yg buat coretan ni..mengajar di Sabah...jadi sesiapa yg bace..minta maaf zahir dan zahir ye...sesaje share pandangan anda untuk org lain bace gak...

5 comments:

http://aniesandyou.blogspot.com said...

yeke?mungkin dia ikut pandangan org tua. lani keje cikgu bkn cm dulu.byk yg anies jupe diorg kata xmo amik cikgu...mmm lelaki...

Azwan Aziz said...

my mom pon suruh cari cikgu gak... cikgu rose tlg carikan ckgu single untuk saya sorg..hehe

rose sensei said...

anis: =)

azwan: hahaha..bulihhh...ade sorang cikgu dr klate...umo 27.single..comel lagi...yg sorang lagi umo 26..mane se mu nak??

Azwan Aziz said...

nk umo 25 kebawah ade x? huhu

rose sensei said...

AA: 25 thn kebawah xde la...sume 25 tahun ke atas..hahahaha